Saturday, October 29, 2011

KunfayakuN: Dunia vs Akhirat

assalamualaikum

eventually my friend, sakinah came to my room and suggest a blog to me and i immediately fall in love with that blog. mana tak nya, baru baca 2 post dah rasa terkesan betul dekat hati. so aku reblog balik post dia sbb aku suka sgt3 post ni

KunfayakuN: Dunia vs Akhirat:


Bonda selalu pesan,



Kalau Lili kejar dunia Lili akan jumpa...











Kalau Lili kejar akhirat Lili akan jumpa...









...masih tidak faham.











Sehinggalah suatu hari Lili menyertai satu pertandingan lumba lari.
Barulah Lili faham.
Kenapa.?

Kerana,
Dunia berada di hadapan akhirat.











"Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia kita takkan dapat akhirat."
[Ustaz Ismail Kamus]


and a bit of her words, in another post,

"Tapi hati hitamku masih mencari alasan,"Nak pakai tudung ke?? Tapi nanti dah tak leh dah la nak berfashion-fashion. Pastu nanti dah tak boleh dah la nak jadi model macam Kate Moss. Aku ni pun solat tak jaga, baik aku jaga solat dulu pastu baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju-baju lama tu. Bla tu bla ni bla bla..". Tapi Alhamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku yang berkata, "Fara, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi?? Kalau ajal kau malam ni jugak?? Nak mati katak?? Nauzubillah Fara.". 

 

 "But you prefer the worldly life. While the hereafter is better and more enduring"

[87:16~17]

 

     Kunfayakun. Tiba-tiba hati keras ketongku ini sebak (bukan senang beb aku nak touching-touching camni. Hilang macho aku). Aku pejamkan mata, aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Bersaksikan bulan dan bintang Ramadhan, aku nekad dalam hati untuk mula berhijab dan mendalami Islam dengan lebih mendalam. Aku suarakan hasrat aku pada Yayok, gembiranya rakanku itu sampai hampir menitiskan air mata katanya. Aku sampai di rumahku, terus call mama then, aku cari balik buku-buku agama yang aku bawa before fly dulu (selepas 2 tahun lebih aku membelinya). Aku solat sunat, menitis air mata (lagi sekali hilang macho aku) kesyukuranku kepada Ilahi.. Terima Kasih Allah. Kau Maha Bekuasa."




alhamdulillah, summal hamdulillah..

lepas baca post ni, baru aku sedar betapa nikmat nya dapat hidayah Allah itu. memang Allah dah kata, dia akan bg hidayah Nya kepada sesiapa yang dikehendaki nya. sepatut nya kita semua kena bersyukur, aku lah orang yang telah dipilih oleh Allah utk diberikan hidayah nya. tetapi kenapa kita mempersia2 kan nya? 

sesungguhnya Al-Quran itu benar.

dan sesungguhnya hari akhirat, syurga dan neraka itu benar.

wallah'alam.