Sunday, September 4, 2011

ya Allah



Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami.
 Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri.
Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah. Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya.
Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu tolong ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu.
Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami. Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu. 

Amin, amin ya rabbal alamin.


No comments: